Nama saya Nurul Huda Bt Hj Md Saleh, dilahirkan pada 15 Mei 1980 di Pulau Pinang.Saya menetap dan bersekolah di Kuala Lumpur sejak kecil. Saya telah berkahwin pada Nov 2007 dengan En Kamar Sharom Bin Kamaruzaman dan masih belum ada rezeki dikurniakn zuriat.
Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Dan seterusnya pada tahun 2004 saya sambung Diploma Lanjutan Kehakiman (DAIJ) di UIAM.
Saya pernah bekerja sebagai pensyarah di IPT Swasta di Pulau Pinang. Setelah berkahwin saya memohon KPLI j-QAF dan diterima masuk di Institut Pendidkan Guru Islam Selangor, Bangi pd thn 2009 dan berkerja di Sek Keb Lembah Jaya, Ampang sbg Guru Bahasa Arab sehingga kini.
Saya dan suami sedia menerima tempahan artwork kaligrafi nama pasangan suami isteri, family tree, ayat2 al-Quran dan diprint di atas kanvas.
Saya juga merupakan agen dropship Foseeha dan juga Malabis Muslimah.
Saya amat berminat utk belajar membuat blog, tetapi tiada asas. Alhamdulillah saya berjumpa dengan Pn Mahya yang sedia membantu saya utk menjadi blogger.. Saya budak baru belajar.. Kalau salah tolong ajarkan.. ☺️☺️☺️






0 comments:
Post a Comment